MAIK sumbang RM30,000 ganti karpet Masjid Al-Aziz Al-Hadi
13 October 2026 | Oleh: Syamimi Manah
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menyumbangkan RM30,000 bagi menggantikan karpet baharu Masjid Al-Aziz Al-Hadi, Mukim Kota Warisan, Tumpat susulan insiden masjid berkenaan disimbah air najis minggu lalu.