Kelantan ke arah pelaksanaan Akta 672, penyelarasan dengan Kerajaan Persekutuan perlu diperhalusi - YB Hilmi
17 October 2026 | Oleh: Asri Hamat
Kerajaan Negeri Kelantan mengambil keputusan dasar untuk menerima pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672), namun mekanisme pelaksanaan serta penyelarasan dengan Kerajaan Persekutuan perlu diperhalusi bagi memastikan kepentingan negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan rakyat terus terpelihara.