Kebajikan petugas kesihatan perlu diberi keutamaan – YB Abdul Latif
15 October 2026 | Oleh: Asri Hamat
Kekuatan sistem kesihatan negara bukan sekadar diukur berdasarkan jumlah hospital yang dibina atau peralatan canggih yang dibeli, sebaliknya turut bergantung pada kebajikan, keselamatan dan penghargaan terhadap petugas kesihatan, kata Ahli Parlimen Kuala Krai, YB Abdul Latif Abdul Rahman.