Tengku Mahkota Kelantan tinjau perkembangan Kompleks Sukan Bukit Merbau bagi SUKMA 2028
-
24 November 2026
-
Oleh: Irham Hilmi Hashim
-
43
PASIR PUTEH, 23 November – Tengku Mahkota Kelantan YTM Tengku Muhammad Fakhry Petra ibni almarhum Sultan Ismail Petra berkenan mencemar duli berangkat ke tapak Projek Madinah Al-Riadah Kompleks Sukan Bukit Merbau, semalam.
Keberangkatan baginda adalah bagi meninjau perkembangan semasa projek berkenaan yang turut merangkumi pembangunan tapak Stadium Bukit Merbau bagi persediaan menjadi tuan rumah temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2028.
Ketibaan baginda di tapak projek diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan YBM Tengku Kaya Perkasa Dato' Dr. Tengku Mohamed Faziharudean Al-Haj Tengku Feissal yang turut mengikuti tinjauan bagi melihat kemajuan kerja-kerja pembinaan.
Dalam lawatan itu, baginda turut berkenan mendengar taklimat berkaitan pelaksanaan projek serta perkembangan terkini pembangunan kompleks sukan berkenaan.











