Accessibility Tools

Skip to main content

AKSB usaha kurangkan NRW

  • 24 November 2026
  • Oleh: Asri Hamat | Kredit foto: Media YB Dato' Dr Izani
  • 37

KOTA DARULNAIM, 24 November - Usaha mengurangkan kadar Non-Revenue Water (NRW) terus diberi perhatian Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) bagi memastikan sumber air diurus dengan lebih cekap serta dimanfaatkan secara optimum demi kepentingan pengguna.

Exco Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar YB Dato' Dr Izani Husin berkata, perkara itu antara yang diberi perhatian dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah (BOD) AKSB di Bilik Mesyuarat Exco, Mabna, Kompleks Kota Darulnaim pada Ahad.

Katanya, mesyuarat berkenaan turut meneliti pembentangan daripada pihak Ranhill dan Syarikat ISF berkaitan strategi serta pendekatan bagi mengurangkan kadar NRW.

"Dalam mesyuarat yang sama, peruntukan AKSB turut diluluskan bagi membolehkan perancangan dan inisiatif penambahbaikan dilaksanakan secara lebih tersusun dan berkesan," katanya menerusi media sosial, pada Ahad.

Tambah Dato' Dr Izani, AKSB akan terus memberikan komitmen dalam memperkukuh tadbir urus, meningkatkan kecekapan operasi serta menambah baik mutu perkhidmatan bekalan air.

Menurutnya, komitmen itu akan diterjemahkan melalui keputusan, tindakan dan pelaksanaan yang berfokus kepada hasil bagi memastikan perkhidmatan bekalan air lebih baik untuk seluruh rakyat Kelantan.

Pautan berjaya disalin!