YB Mohd Rusli pantau saliran Kampung Kubang Batang, elak aliran air tersekat
-
24 November 2026
-
Oleh: Syamimi Manah | Kredit foto: Media YB Mohd Rusli
-
32
TUMPAT, 24 November – Ahli Dewan Negeri (ADN) Wakaf Bharu YB Mohd Rusli Abdullah memantau keadaan saliran air di Kampung Kubang Batang bersama kontraktor pembersihan bagi memastikan aliran air tidak tersekat ketika musim hujan lebat.
Beliau berkata, saliran berkenaan antara yang diberi perhatian kerana memerlukan kerja pembersihan segera bagi memastikan sistem saliran berfungsi dengan baik.
“Saya bersama kontraktor pembersihan memantau keadaan saliran air di Kg. Kubang Batang yang perlu dibersihkan segera.
“Saliran ini antara yang ambo beri perhatian kerana penting untuk memastikan aliran air tidak tersekat ketika hujan lebat,” katanya di laman rasmi, semalam.
Menurutnya, pemantauan itu dilakukan bagi meninjau keadaan saliran yang memerlukan perhatian dan tindakan segera.
Tambahnya, pemantauan bersama kontraktor pembersihan itu juga membolehkan keadaan saliran dikenal pasti bagi membolehkan tindakan susulan dilaksanakan mengikut keperluan di lokasi berkenaan.










