Accessibility Tools

Skip to main content

Soalan Lazim

Apakah itu Laman Portal Info Rakyat Kelantan?

Laman Portal Info Rakyat Kelantan adalah satu medium info bersepadu memaparkan perkembangan semasa dan terkini berkaitan negeri Kelantan serta segala tawaran kebajikan dan perkhidmatan kepada seluruh rakyat.

Mengapa Laman Portal Info Rakyat Kelantan diwujudkan?

Dewasa ini, kebanyakan maklumat dan skim bantuan telah disediakan secara atas talian di bawah portal agensi dan jabatan masing- masing. Dengan mengumpulkan semua skim bantuan yang ada di bawah satu portal seperti Portal Info Rakyat Kelantan, ini akan memberi kemudahan kepada orang ramai mencari maklumat dan skim bantuan yang disediakan dengan lebih cepat dan pantas.

Siapakah yang dibenarkan melayari dan menggunakan Laman Portal Info Rakyat Kelantan?

Secara umumnya, Laman Portal Info Rakyat Kelantan boleh dicapai oleh semua lapisan masyarakat.

Apakah dasar privasi Laman Portal Rasmi ini? Adakah penggunaan atau akses saya diawasi dan direkodkan?

Segala akses dan penggunaan anda ke atas Laman Portal Info Rakyat Kelantan ini tidak akan direkodkan. Untuk maklumat lanjut, sila layari 'Dasar Privasi dan Dasar Keselamatan' di bahagian bawah setiap halaman.

Bagaimanakah cara untuk saya menghantar maklum balas kepada Laman Portal Info Rakyat Kelantan?

Anda boleh mengisi borang di bahagian "Maklum Balas Portal" dalam Laman Portal Info Rakyat Kelantan. Kami mengalu-alukan pandangan dan pendapat anda dalam usaha untuk meningkatkan mutu penyampaian dan perkhidmatan kami.