Accessibility Tools

Skip to main content

Solidariti umat Islam perlu diperkukuh hadapi penindasan global

  • 26 November 2026
  • Oleh: Asri Hamat | Kredit foto: Media YB Dato' Wan Roslan
  • 40

KOTA DARULNAIM, 26 November - Sebanyak 30 pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan di Dewan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor menerima sumbangan zakat dan bakul makanan menerusi satu majlis penyampaian sumbangan yang berlangsung di Wisma Imtiyaz, Pengkalan Kubor, semalam.

Sumbangan disampaikan oleh Ahli Dewan Negeri (ADN) Pengkalan Kubor yang juga Exco Kerajaan Negeri YB Dato' Wan Roslan Wan Hamat.

Sehubungan dengan itu, Dato' Wan Roslan memaklumkan, sumbangan berkenaan disalurkan oleh Akademi YIK Sdn. Bhd. dan Stesen Minyak YIK Sdn. Bhd.

Katanya, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) turut menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada semua penerima.

Beliau sangat berbesar hati melihat kedua-dua anak syarikat Yayasan Islam Kelantan (YIK) tersebut berkongsi sebahagian daripada hasil perniagaan mereka bagi membantu pelajar yang memerlukan.

"Tanggungjawab sosial tidak seharusnya dilupakan dalam usaha mengejar keuntungan perniagaan kerana sebahagian daripada rezeki yang diperoleh turut menjadi hak golongan memerlukan," katanya di media sosial, pada Rabu.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada kedua-dua anak syarikat YIK dan MAIK atas keprihatinan serta sumbangan yang diberikan.

Dalam pada itu, beliau berharap semua pelajar yang menerima sumbangan berkenaan terus berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran sehingga berjaya dan mampu membantu golongan lain pada masa hadapan.

Majlis berkenaan turut dihadiri Pengarah YIK Dato' Shamsul Abu Bakar, timbalan-timbalan pengarah YIK serta kakitangan Akademi YIK Sdn. Bhd.

Pautan berjaya disalin!