YB Zubir santuni penduduk tiga kampung, dengar isu setempat
-
17 November 2026
-
Oleh: Syamimi Manah
-
30
KUALA KRAI, 17 November - Penduduk dari tiga kampung iaitu Kampung Buyong, Kuala Nal dan Pasir Kelang berpeluang menyampaikan aduan serta mengetengahkan isu setempat menerusi pertemuan bersama Ahli Dewan Negeri (ADN) Mengkebang YB Zubir Abu Bakar, semalam.
Pertemuan yang berlangsung di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Mengkebang itu menjadi ruang untuk beliau mendengar sendiri permasalahan penduduk selain meneliti perkara yang memerlukan perhatian dan tindakan susulan.
YB Zubir berkata, isu rakyat di DUN Mengkebang sentiasa menjadi perhatiannya dan setiap aduan perlu ditangani dengan penuh tanggungjawab agar tidak berlarutan tanpa penyelesaian.
“Kita perlu mendengar dengan sepenuh hati, bertindak dengan segera dan berusaha sebaik mungkin untuk menyelesaikan masalah dengan penuh tanggungjawab demi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat di Mengkebang sentiasa terbela,” katanya di laman rasmi, pada Isnin.
Menurutnya, pendekatan turun padang penting bagi memastikan setiap permasalahan dapat diteliti secara langsung, selain tindakan susulan dapat dilaksanakan.
“Jangan sekadar mendengar aduan, tetapi turun padang, meneliti permasalahan dan memastikan tindakan susulan dilaksanakan,” ujarnya.
Beliau turut menegaskan komitmen untuk memberi perhatian terhadap isu yang dibangkitkan rakyat demi memastikan kebajikan penduduk di kawasan berkenaan terus terbela.










