Anugerah Media Kelantan 2025 nobat 27 karya terbaik, Media Prima ungguli sembilan anugerah
14 June 2026 | Oleh: Norzana Razaly
Kerajaan Negeri Kelantan melalui portfolio Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta yang diterajui Exco YB Mohd Asri Mat Daud, menzahirkan penghargaan kepada pengamal media di Pantai Timur menerusi penganjuran Anugerah Media Kelantan (AMK) 2025 sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA).