Tengku Mahkota Kelantan zahir sokongan pembangunan landskap lestari Kota Bharu
03 August 2026 | Oleh: Syamimi Manah
Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra Ibni Almarhum Sultan Ismail Petra berkenan mencemar duli berangkat mengadakan lawatan ke beberapa tapak Projek Landskap Perbandaran Kota Bharu sebagai tanda sokongan terhadap usaha memperkasa pembangunan landskap bandar yang lestari, kondusif dan berkualiti demi kesejahteraan rakyat.