RM166,000 bantuan kebajikan disalur kepada 473 penerima di DUN Mengkebang
10 June 2026 | Oleh: Irham Hilmi Hashim
Sebanyak RM166,000 bantuan kebajikan dan pembangunan sosial disalurkan kepada 473 penerima di DUN Mengkebang menerusi pelbagai skim bantuan Kerajaan Negeri Kelantan dalam Program Himpunan Armalah dan Penyampaian Bantuan Skim Pendidikan Anak Yatim DUN Mengkebang 2026 yang berlangsung di Dewan Tuan Guru Haji Abdul Rahman, Pondok Sungai Durian, semalam.