Kelantan perkukuh sokongan pelajar di Korea melalui kerjasama kedutaan
12 July 2026 | Oleh: Asri Hamat
Kerajaan Negeri Kelantan memperkukuh mekanisme sokongan kepada pelajar yang bakal melanjutkan pengajian di Republik Korea menerusi kerjasama erat dengan Kedutaan Besar Malaysia di Seoul meliputi aspek kebajikan, keselamatan, pembangunan akademik serta penyesuaian sepanjang berada di negara berkenaan.