Tadbir urus cekap, berintegriti dan telus teras pentadbiran – Pemangku Raja Kelantan
20 April 2026 | Oleh: Asri Hamat
Tadbir urus yang cekap, berintegriti dan telus perlu dijadikan teras utama dalam setiap urusan pentadbiran kerajaan negeri bagi menjamin kepercayaan rakyat serta kelangsungan pembangunan mampan, titah Pemangku Raja Kelantan Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Fakhry Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra.