Accessibility Tools

Skip to main content

Elak ulang baiki, KKR diminta perinci indikator kualiti penyelenggaraan jalan - Dato’ Siti Zailah

  • 08 October 2026
  • Oleh: Irham Hilmi Hashim | Kredit foto: Media Parlimen Malaysia
  • 44

KUALA LUMPUR, 8 Oktober — Ahli Parlimen Rantau Panjang YB Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff menggesa Kementerian Kerja Raya (KKR) memperincikan indikator kualiti bagi memastikan kerja penyenggaraan Jalan Persekutuan bagi mengelakkan pembaikan berulang dalam tempoh singkat.

Beliau berkata demikian ketika mengemukakan soalan tambahan mengenai ukuran keberhasilan kerja penyenggaraan Jalan Persekutuan pada sesi Pertanyaan Lisan Dewan Rakyat, Mesyuarat Ketiga, Penggal Kelima, Parlimen Kelima Belas, semalam.

Menurutnya, laporan jumlah projek yang dilaksanakan atau disiapkan perlu disertai ukuran keberhasilan selepas kerja berkenaan siap bagi menilai keberkesanan sebenar penyenggaraan.

“Adakah Kementerian mempunyai ukuran keberhasilan selepas kerja siap, seperti pengurangan aduan jalan rosak, pengurangan kemalangan, peningkatan tahap International Roughness Index (IRI), atau tempoh jalan kekal dalam keadaan baik?” soalnya.

Beliau turut meminta penjelasan mengenai jumlah projek di Kelantan yang terpaksa dibaiki semula dalam tempoh satu atau dua tahun selepas siap.

Menjawab perkara itu, KKR memaklumkan bahawa penambahbaikan terhadap program penyenggaraan Jalan Persekutuan telah dilaksanakan pada 2025 melalui ujian Pavement Condition Assessment (PCA) di keseluruhan jaringan Jalan Persekutuan di Semenanjung Malaysia.

Ujian itu bertujuan menilai tahap kerosakan jalan, menentukan kaedah pembaikan yang bersesuaian dengan kerosakan dikenal pasti serta memastikan jangka hayat jalan tidak menyusut dengan lebih cepat.

Pautan berjaya disalin!