Kelantan bentang peluang pelaburan, produk pelancongan negeri kepada pelabur Mesir
11 February 2026 | Oleh: Asri Hamat
Kelantan berjaya membentangkan pelbagai peluang pelaburan strategik serta produk pelancongan negeri kepada pelabur Mesir menerusi program “Discover Malaysia: Business Opportunities in the States of Kelantan, Kedah dan Terengganu” di Aswan Hall, Hotel Holiday Inn Cairo, Citystars, sekali gus mengukuhkan usaha memperluas jaringan ekonomi Malaysia–Mesir.