MPKB-BRI, MOTAC bincang serlahkan identiti Kota Bharu bandar budaya
06 May 2026 | Oleh: Irham Hilmi Hashim
Majlis Perbandaran Kota Bharu–Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) bersama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) Negeri Kelantan membincangkan langkah memperkukuh identiti Kota Bharu sebagai destinasi pelancongan berteraskan budaya, warisan dan nilai Islam bagi meningkatkan daya tarikan sektor pelancongan bandar itu.