Accessibility Tools

Skip to main content

Menteri Besar Kelantan, YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud


MB Kelantan puji peranan PERKIM bantu saudara baharu, sebar syiar Islam

Oleh: Asri Hamat

KOTA DARULNAIM, 6 Mei – Menteri Besar Kelantan YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud memuji peranan aktif Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) dalam membantu saudara baharu serta memperluas penyebaran syiar Islam di negeri ini.

Beliau menyifatkan usaha berterusan PERKIM melalui pendekatan pendidikan agama, kebajikan dan dakwah sebagai signifikan dalam memperkukuh pembangunan ummah, khususnya dalam membimbing golongan saudara baharu menyesuaikan diri dengan kehidupan beragama.

“Semoga segala perancangan dan usaha yang digerakkan terus memberi manfaat kepada masyarakat serta memperkasa pembangunan ummah di Negeri Kelantan,” katanya menerusi media sosial, pada Selasa.

Terdahulu, beliau yang juga Pengerusi PERKIM Bahagian Negeri Kelantan mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa PERKIM Negeri yang berlangsung di Mabna, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan, di sini, semalam.

Mesyuarat berkenaan turut menyaksikan pengumuman pelantikan barisan Jawatankuasa PERKIM bagi sesi 2026/2028 sebagai langkah memperkukuh struktur organisasi dalam melaksanakan agenda dakwah dan kebajikan secara lebih tersusun.

Antara yang dilantik ialah Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud sebagai Pengerusi, diikuti YB Dato’ Bentara Kanan Ustaz Dato’ Ahmad Yakob (Naib Pengerusi I) dan YB Mohd Asri Mat Daud (Naib Pengerusi II).

Turut menganggotai kepimpinan baharu ialah Ustaz Zulqarnain Hassan sebagai Setiausaha Kehormat, Mohamed Nazir Che Ibrahim (Penolong Setiausaha Kehormat) dan Ir Nohaimi Ismail (Bendahari Kehormat).

Sementara itu, beberapa tokoh lain turut dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) termasuk Datin Panglima Perang Datin Wan Hanita Wan Yaacob, Datin Bentara Kanan Siti Zabidah Ab Hamid, Dato’ Hassan Mohamood, Dato’ Mohamad Awang, Dato’ Abdul Kadir Muhammad, Roseli Ismail, Dr Johari Yap Abdullah, Ustaz Mohd Saiba Yaacob, Ustaz Syed Ahmad Ridwan Syed Md Zain, Norizan Ismail, Che Sardi Che Abdul Hadi dan Ikram Mat Zin.

Pautan berjaya disalin!