Accessibility Tools

Skip to main content

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi YB Dato' Wan Roslan Wan Hamat


38 ahli pasukan IT dan penyelaras ICT DUN sertai lawatan Hub Digital Malaysia

Oleh: Irham Hilmi Hashim

KOTA BHARU, 6 Mei – Sebanyak 38 peserta menyertai Program Lawatan ke Hub Digital Malaysia melibatkan Pasukan IT dan Penyelarasan ICT DUN Kelantan bagi memperkukuh kefahaman terhadap teknologi baharu serta perkembangan ekonomi digital negara.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi YB Dato' Wan Roslan Wan Hamat berkata, program tersebut memberi pendedahan secara langsung berkaitan fungsi infrastruktur digital dan aplikasi teknologi semasa dalam pelbagai sektor.

Menurutnya, peserta turut berpeluang mengenali teknologi seperti kecerdasan buatan (AI), Big Data dan Internet of Things (IoT) selain melihat sendiri pembangunan ekosistem digital negara.

“Pendedahan secara langsung terhadap perkembangan teknologi semasa penting bagi memperkukuh kefahaman serta kesiapsiagaan pasukan ICT dalam mendepani cabaran transformasi digital,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri majlis pelepasan Program Lawatan ke Hub Digital Malaysia melibatkan Pasukan IT dan Penyelarasan ICT DUN Kelantan di Kota Darulnaim, di sini, hari ini.

Program berlangsung selama tiga hari bermula 6 hingga 8 Mei itu melibatkan beberapa lokasi utama termasuk CelcomDigi Hub di Subang Jaya dan Digital Nasional Berhad (My5G Portal) di The Exchange TRX.

Dato' Wan Roslan memaklumkan bahawa lawatan tersebut turut menjadi platform memperkukuh jaringan profesional serta memperkasa pembangunan ICT dan agenda transformasi digital di Negeri Kelantan.

“Lokasi yang dipilih merupakan antara pusat pembangunan utama ekosistem digital dan teknologi 5G negara yang mampu memberi nilai tambah kepada peserta,” ujarnya.

Pautan berjaya disalin!