Dua unit 'choley' bantu usahawan tani di Salor
02 April 2026 | Oleh: Irham Hilmi Hashim
Kerajaan Negeri Kelantan terus komited memperkasa sektor pertanian apabila dua unit kenderaan utiliti ‘choley’ diserahkan kepada penerima terpilih melalui Skim Pertanian Al-Falah yang menyasarkan peningkatan produktiviti golongan petani dan penternak dalam satu majlis di Pusat Khidmat DUN Salor, semalam.