Kerajaan negeri seru semua pihak banteras jenayah serius
20 May 2026 | Oleh: Irham Hilmi Hashim
Kerajaan Negeri Kelantan menyeru semua pihak termasuk agensi penguatkuasaan, institusi pendidikan, pemimpin masyarakat dan ibu bapa supaya memperkukuh usaha membanteras jenayah serius susulan peningkatan kes pembunuhan di negeri ini dalam tempoh lima bulan pertama tahun 2026.