HPPNK 2025: Kelantan hargai sumbangan petani, penternak dan nelayan
20 August 2025 | Oleh: Asri Hamat
Program Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Kelantan (HPPNK) 2025 yang berlangsung selama lima hari bermula 20 hingga 24 Ogos di Pantai Irama Bachok disifatkan sebagai agenda penting dan dinanti-nantikan golongan peladang, penternak dan nelayan yang merupakan antara tulang belakang negara.