Accessibility Tools

Skip to main content

ADN Wakaf Bharu bermotorsikal hadiri 20 undangan rakyat

Oleh: Syamimi Manah
Kredit foto: Media ADN Wakaf Bharu

TUMPAT, 3 Jun – Ahli Dewan Negeri (ADN) Wakaf Bharu YB Mohd Rusli Abdullah meluangkan masa menghadiri 20 undangan masyarakat dengan menaiki motosikal dalam usaha mengeratkan silaturrahim bersama rakyat pada Sabtu.

Undangan yang diterima melibatkan pelbagai majlis kemasyarakatan sekitar Wakaf Bharu dan luar kawasan termasuk kenduri, kesyukuran, sambutan hari raya, tahlil serta aqiqah yang berlangsung dari pagi hingga lewat petang.

YB Mohd Rusli berkata, penggunaan motosikal membolehkannya bergerak lebih lancar dan memenuhi sebanyak mungkin undangan yang diterima sepanjang hari berkenaan.

“Alhamdulillah, sempat hadir ke 20 undangan dari pagi hingga lewat petang. Ada yang sempat duduk lama sedikit, ada juga yang singgah sekejap sebagai tanda memenuhi undangan,” katanya di laman rasmi, pada Sabtu.

Menurutnya, setiap undangan yang diterima merupakan peluang untuk mendekati masyarakat serta mendengar sendiri perkembangan dan keperluan rakyat di peringkat akar umbi.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang mengundangnya serta memberikan layanan yang baik sepanjang kunjungan tersebut.

“Terima kasih atas semua undangan dan layanan yang cukup baik. Mohon maaf jika ada yang tidak sempat disinggahi atau saya tidak dapat meluangkan masa yang lama di setiap tempat,” ujarnya.

Tambahnya, majlis-majlis kemasyarakatan seperti kenduri, tahlil dan aqiqah bukan sahaja menghidupkan tradisi masyarakat bahkan menjadi wadah penting dalam memperkukuh hubungan persaudaraan dan semangat kejiranan.

Beliau berharap setiap majlis yang dianjurkan akan terus membawa keberkatan serta menjadi pemangkin kepada hubungan yang lebih erat dalam kalangan masyarakat.

“Mudah-mudahan setiap majlis membawa keberkatan dan terus mengeratkan hubungan sesama kita,” katanya.

Pautan berjaya disalin!