Accessibility Tools

Skip to main content

Taman Guillemard View@Kusial ditutup hingga Oktober, JPS laksanakan kerja pembaikan tebing Sungai Kelantan

Oleh: Asri Hamat

TANAH MERAH, 3 Jun — Taman Guillemard View@Kusial akan ditutup mulai hari ini bagi memberi laluan kepada pelaksanaan kerja-kerja pembaikan dan pengukuhan tebing Sungai Kelantan oleh Jabatan Parit dan Saliran Negeri Kelantan (JPS).

Menurut notis pemakluman yang dikeluarkan oleh Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM), penutupan itu dilaksanakan bagi memastikan keselamatan orang awam sentiasa terpelihara sepanjang tempoh pelaksanaan projek berkenaan.

MDTM memaklumkan, projek tersebut akan dilaksanakan oleh JPS Tanah Merah.

Tempoh projek ditetapkan bermula 3 Jun 2026 hingga 21 Oktober 2026 atau sehingga kerja-kerja berkenaan selesai sepenuhnya.

Sehubungan itu, orang ramai diminta supaya tidak menceroboh masuk ke kawasan zon kerja sepanjang tempoh pelaksanaan projek bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

MDTM turut menghargai kerjasama dan keprihatinan semua pihak serta memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul susulan penutupan taman berkenaan.

Pautan berjaya disalin!