Sumbangan RM50,000 ringankan beban 200 armalah di Kelantan
24 December 2025 | Oleh: Syamimi Manah
Sebanyak 200 golongan armalah miskin dari jajahan Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh menerima sumbangan barangan keperluan asas bernilai keseluruhan RM50,000 menerusi Program Penyampaian Sumbangan Barang Keperluan Armalah yang berlangsung di Dewan Bunga Teratai, Kompleks Kota Darulnaim, hari ini.