Nafkah asas kesejahteraan keluarga, pengabaiannya ancam masa depan ummah - MB Kelantan
02 July 2026 | Oleh: Irham Hilmi Hashim
Tanggungjawab menunaikan nafkah merupakan asas pembinaan institusi keluarga yang sejahtera, manakala pengabaiannya menjejaskan kebajikan isteri dan anak-anak sekali gus mengancam kesejahteraan masyarakat serta masa depan ummah, kata Menteri Besar Kelantan YAB Dato' Panglima Perang Ustaz Dato' Mohd Nassuruddin Daud.