PPAK rekod 80,410 pengunjung, Pesta Buku Darul Naim perkasa budaya membaca
10 September 2026 | Oleh: Norzana Razaly
Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan (PPAK) merekodkan 80,410 pengunjung sepanjang 2025, dengan pertambahan 1,839 ahli berdaftar serta 36,864 naskhah bahan perpustakaan dipinjam, sekali gus membuktikan institusi perpustakaan kekal relevan sebagai pusat ilmu, pembelajaran sepanjang hayat dan ruang komuniti.