Accessibility Tools

Skip to main content

Kelantan terus martabatkan perundangan syariah selepas 16 seksyen dibatalkan

  • 19 October 2026
  • Oleh: Irham Hilmi Hashim
  • 28

KOTA BHARU, 19 Oktober – Kerajaan Negeri Kelantan meneruskan usaha memartabatkan perundangan syariah selepas berdepan dengan pembatalan 16 seksyen undang-undang.

Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta YB Mohd Asri Mat Daud berkata, komitmen itu diteruskan melalui kelulusan semula Rang Undang-Undang Kesalahan Syariah 2026 serta penganjuran persidangan yang menghimpunkan pakar perundangan.

Menurutnya, persidangan tersebut menjadi wadah untuk mengumpulkan kepakaran dan pandangan bagi membincangkan usaha pemerkasaan undang-undang Islam bersama masyarakat.

“Walaupun 16 seksyen itu terbatal sebelum ini, semangat kerajaan negeri sebenarnya tidak pudar sama sekali,” tegasnya.

Beliau berkata, kelulusan semula rang undang-undang berkenaan tidak menghalang kerajaan negeri daripada meneruskan usaha memperluas kefahaman masyarakat menerusi program dan perkongsian ilmu berkaitan perundangan syariah.

“Bahkan setelah diluluskan semula Rang Undang-Undang Kesalahan Syariah 2026, kita terus menganjurkan persidangan ini bagi mengumpulkan pakar untuk berkongsi idea bersama rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Persidangan Syariah dan Perundangan Peringkat Negeri Kelantan Tahun 1448H/2026M di sebuah hotel, di sini, hari ini.

Usaha berterusan itu mencerminkan komitmen kerajaan negeri untuk meneruskan agenda pemerkasaan perundangan syariah melalui penglibatan pakar dan peningkatan kefahaman masyarakat.

Pautan berjaya disalin!