TVET Agro Kelantan perlu lahirkan pencipta kerja
22 September 2026 | Oleh: Norzana Razaly
SEKTOR industri sedang berubah lebih pantas daripada kitaran biasa pendidikan. Automasi, kecerdasan buatan (AI), teknologi hijau dan pendigitalan sedang menggantikan beberapa tugas rutin dan mewujudkan pekerjaan baharu yang menuntut kemahiran teknikal, daya menyelesaikan masalah dan keupayaan menyesuaikan diri.