Accessibility Tools

Skip to main content

Tiga sekolah YIK jadi projek rintis sekolah digital – Dato’ Wan Roslan

  • 29 October 2026
  • Oleh: Syamimi Manah
  • 33

KOTA DARULNAIM, 29 Oktober – Tiga sekolah di bawah Yayasan Islam Kelantan (YIK) dipilih sebagai projek rintis pelaksanaan sekolah digital sebelum diperluas kepada 15 sekolah sekiranya pelaksanaannya menunjukkan kejayaan.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi YB Dato’ Wan Roslan Wan Hamat berkata, tiga sekolah terlibat ialah Maahad Sains Tok Guru, Maahad Muhammadi Lelaki dan Maahad Muhammadi Perempuan.

Menurutnya, pelaksanaan projek rintis itu menjadi langkah awal bagi menilai keberkesanan pendekatan sekolah digital sebelum diperluas ke lebih banyak sekolah di bawah YIK.

“Jika projek rintis ini berjaya, insya-Allah kita akan laksanakan dan tambah lagi menjadi 15 buah sekolah untuk sekolah digital,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan ADN Pulai Chondong YB Azhar Salleh pada Persidangan Kali Ketiga (Belanjawan) bagi Tempoh Penggal Keempat Dewan Negeri Kelantan Ke-15 Tahun 2026, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Dato' Wan Roslan memaklumkan bahawa YIK turut mengkaji penggunaan tenaga solar bagi menjimatkan penggunaan tenaga di sekolah.

Jelasnya, kajian itu sedang dilaksanakan bagi meneliti potensi penggunaan teknologi berkenaan dalam usaha meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga di sekolah.

Pautan berjaya disalin!