Projek LTU Seksyen 1B capai kemajuan 15.37 peratus
-
29 October 2026
-
Oleh: Norzana Razaly
-
43
KOTA DARULNAIM, 29 Oktober – Projek pembinaan Lingkaran Tengah Utama (LTU) Seksyen 1B yang menghubungkan Kampung Sungai Peria ke Kampung Laloh sepanjang 14.75 kilometer mencatat kemajuan fizikal sebanyak 15.37 peratus setakat laporan terkini.
Exco Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar YB Dato’ Dr Izani Husin berkata, projek yang mula dilaksanakan selepas penyerahan tapak pada 24 Februari 2025 itu masih berada dalam fasa pembinaan.
“Setakat ini, kemajuan fizikal sebenar projek LTU Seksyen 1B ialah 15.37 peratus,” jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Negeri (ADN) Manek Urai YB Mohd Fauzi Abdullah pada Persidangan Kali Ketiga (Belanjawan) bagi Tempoh Penggal Keempat Dewan Negeri Kelantan Yang Ke-15 Tahun 2026, di sini, hari ini.







