Kerja Infrastruktur IBS Machang capai kemajuan 93.31 peratus
27 January 2026 | Oleh: Syamimi Manah
Kerja-kerja infrastruktur bagi pembangunan Taman Perindustrian Sistem Binaan Berindustri (IBS) seluas 200 ekar (80.94 hektar) di Sungai Bagan, Labok, Machang telah mencapai 93.31 peratus kemajuan fizikal setakat 15 Januari, sekali gus meletakkan projek itu sebagai model pembangunan kawasan industri bersepadu di Kelantan.