Accessibility Tools

Skip to main content

Sumbangan katil wakaf permudah urusan remaja patah kaki

Oleh: Irham Hilmi Hashim

MACHANG, 19 Mei — Ahli Dewan Negeri (ADN) Kemuning YB Ahmad Zakhran Mat Noor menyerahkan sumbangan katil wakaf kepada seorang remaja yang mengalami kecederaan patah tulang kaki kanan ketika perlawanan bola sepak di Sekolah Kebangsaan (SK) Pangkal Mak Wan pada minggu lalu. 

Sumbangan tersebut disampaikan kepada Muhammad Aiman Akimi Mahadi, 16, dalam kunjungan ziarah di kediamannya di Kampung Belukar, di sini, pada 16 Mei lalu.

YB Ahmad Zakhran berkata, bantuan berkenaan diharap dapat memudahkan urusan penjagaan dan pengurusan harian remaja terbabit sepanjang tempoh rawatan serta pemulihan.

Menurutnya, keperluan kemudahan seperti katil wakaf amat membantu terutama kepada keluarga yang sedang menguruskan ahli keluarga yang mengalami masalah kesihatan atau kecederaan.

“Semoga dengan adanya katil ini dapat memudahkan lagi ibu bapanya menjaga dan menguruskan keperluan Adik Aiman Akimi dalam menjalani rutin harian.

“Saya juga mendoakan agar beliau diberikan kesembuhan segera oleh Allah SWT dan dapat kembali bersekolah seperti sediakala,” katanya.

Menurutnya, sikap prihatin terhadap masyarakat khususnya golongan yang sedang diuji perlu terus diperkukuhkan bagi memastikan kebajikan rakyat sentiasa diberi perhatian.

Tambahnya, ziarah kebajikan seperti itu dapat memberi sokongan moral kepada keluarga yang sedang berdepan ujian kesihatan.

Beliau turut berharap Muhammad Aiman Akimi diberi kekuatan dan dipermudahkan segala urusan sepanjang proses pemulihan dijalani.

Pautan berjaya disalin!