RM3.9 juta dividen Ladang Rakyat diagih kepada 4,919 peserta
Oleh: Asri Hamat
KOTA BHARU, 18 Mei - Kerajaan Kelantan melalui Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan (PPLRNK) memperuntukkan sebanyak RM3.935 juta bagi pembayaran dividen peserta Ladang Rakyat untuk tempoh Januari hingga April 2026.
Menteri Besar Kelantan YAB Dato' Panglima Perang Ustaz Dato' Mohd Nassuruddin Daud, berkata pembayaran itu membabitkan 4,919 peserta termasuk 271 peserta orang asli.
Menteri Besar Kelantan YAB Dato' Panglima Perang Ustaz Dato' Mohd Nassuruddin Daud menyampaikan dividen kepada Rizwadi Ismail mewakili peserta orang asli Nenggiri
Menteri Besar Kelantan YAB Dato' Panglima Perang Ustaz Dato' Mohd Nassuruddin Daud menyampaikan dividen kepada Mohd Tarmizi mewakili peserta orang asli Galas
Beliau berkata, tiada tunggakan pembayaran dividen bagi tempoh empat bulan pertama tahun ini.
“Pembayaran dividen ini mencerminkan kejayaan hasil usaha dan kerja bersungguh-sungguh dalam menunaikan amanah besar khususnya mengembalikan semula manfaat kepada peserta Ladang Rakyat.
Menteri Besar Kelantan YAB Dato' Panglima Perang Ustaz Dato' Mohd Nassuruddin Daud
“Ini bukti nyata kerajaan negeri sentiasa berpegang kepada prinsip amanah, keadilan dan kebertanggungjawaban dalam mentadbir amanah rakyat," jelasnya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Cek Cura dan Slip Dividen Peserta Ladang Rakyat Peringkat Ke-70 di Wisma PPLRNK, Tunjong, di sini, hari ini.
Menteri Besar Kelantan YAB Dato' Panglima Perang Ustaz Dato' Mohd Nassuruddin Daud menyampaikan dividen kepada penerima yang mewakili DUN Salor diiringi oleh ADN Salor YB Saizol
“Sebanyak 47 Tabung Tindakan Kebajikan Peserta Ladang Rakyat turut diwujudkan bagi menjaga kebajikan peserta.
“Bagi tahun ini, agihan manfaat takaful hayat kepada lapan wasi peserta Ladang Rakyat berjumlah RM32,000,” ujarnya.
Antara peserta yang menerima khairat kematian ladang rakyat
Beliau memaklumkan bahawa keseluruhan agihan manfaat takaful hayat setakat ini berjumlah RM3.138 juta membabitkan 332 wasi peserta Ladang Rakyat yang meninggal dunia.
Di samping itu, beliau juga menjelaskan bahawa tanah yang diamanahkan kepada PPLR berjumlah kira-kira 77,000 ekar di seluruh Kelantan dan diuruskan dengan baik sehingga mampu memberikan dividen RM200 sebulan kepada peserta yang layak secara berterusan.
Hadir sama, Timbalan Menteri Besar KelantanYB Dato' Dr. Mohamed Fadzli Dato' Hassan, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan YBM Tengku Kaya Perkasa Dato' Dr. Tengku Mohamed Faziharudean Al-Haj Tengku Feissal, Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan YB Tuan Zawawi Ghazali, Pegawai Kewangan Negeri Kelantan YB Dato' Rosnazli Amin dan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta Ahli-ahli Dewan Negeri (ADN).
Diiringi, Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Negeri Kelantan Dato' Nik Raisnan Daud dan Ketua Pegawai Eksekutif PPLRNK Dr Mohamad Arpi Arifin.




















