71 warga Panchor terima manfaat skim bantuan kerajaan negeri
Oleh: Irham Hilmi Hashim
Foto: Media PKD Panchor
PENGKALAN CHEPA, 14 Mei – Sejumlah 71 warga Panchor menerima manfaat menerusi beberapa skim bantuan Kerajaan Negeri Kelantan dalam satu majlis penyampaian sumbangan yang berlangsung di Pusat Khidmat DUN Panchor pada 7 Mei lalu.
Majlis tersebut disempurnakan oleh Speaker Dewan Negeri merangkap ADN Panchor YB Dato’ Sri Amar D’Raja Dato' (Dr) Mohd Amar Abdullah.
Penyampaian bantuan itu melibatkan Bantuan Penyakit Kronik Fasa 2 dan 3 kepada 36 penerima, Skim Bantuan Az-Ziwaaj kepada 21 penerima serta Skim Bina Usahawan kepada 14 penerima.
Sehubungan itu, Dato’ Sri Amar D’Raja Dato Mohd Amar Abdullah berkata, bantuan yang disalurkan mencerminkan keprihatinan berterusan Kerajaan Negeri Kelantan dalam memastikan kebajikan rakyat terus diberi perhatian.
Speaker Dewan Negeri merangkap ADN Panchor YB Dato’ Sri Amar D’Raja Dato' (Dr) Mohd Amar Abdullah
Menurutnya, pelbagai skim bantuan yang diwujudkan bukan sahaja membantu meringankan beban penerima, malah memberi manfaat kepada seluruh keluarga yang terlibat.
“Semoga segala bantuan yang disalurkan ini dapat membantu meringankan beban para penerima serta memberi manfaat kepada seluruh keluarga yang terlibat,” katanya.
Tambahnya, kerajaan negeri akan terus komited melaksanakan pelbagai inisiatif kebajikan demi kesejahteraan rakyat di negeri ini.














