Accessibility Tools

Skip to main content

ADN Wakaf Bharu santuni petugas kesihatan sempena Hari Jururawat Sedunia

Oleh: Syamimi Manah
Foto: Media ADN Wakaf Bharu

TUMPAT, 13 Mei — Ahli Dewan Negeri (ADN) Wakaf Bharu YB Mohd Rusli Abdullah menyantuni petugas kesihatan di lima klinik sekitar Wakaf Bharu sempena sambutan Hari Jururawat Sedunia sebagai tanda penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan golongan itu dalam menjaga kebajikan masyarakat.

Kunjungan penghargaan yang diadakan semalam melibatkan Klinik Kesihatan Wakaf Bharu, Klinik Desa Kampung Delima, Klinik Desa Kampung Padang Mandol, Klinik Desa Kampung Bunut Sarang Burung serta Klinik Desa Kampung Padang Rokma.

YB Mohd Rusli berkata, lawatan tersebut bertujuan menghargai komitmen dan dedikasi jururawat yang sentiasa berada di barisan hadapan dalam memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada rakyat.

“Sedikit kek tanda ingatan disampaikan sebagai penghargaan kepada mereka yang sentiasa kuat dan sabar menjaga rakyat setiap hari.

“Terima kasih seluruh jururawat atas jasa dan pengorbanan kalian. Selamat Hari Jururawat Sedunia,” katanya menerusi laman rasmi, semalam.

Dalam kunjungan itu, beliau turut menyampaikan buah tangan kepada petugas kesihatan sebagai simbol penghargaan terhadap peranan besar mereka dalam memastikan kesejahteraan dan kesihatan masyarakat terus terpelihara.

Untuk rekod, sambutan Hari Jururawat Sedunia diraikan pada 12 Mei setiap tahun bagi mengiktiraf sumbangan jururawat sebagai antara tonggak utama sistem perkhidmatan kesihatan negara, khususnya dalam menyampaikan rawatan dan penjagaan kesihatan kepada masyarakat di pelbagai peringkat

Pautan berjaya disalin!