Accessibility Tools

Skip to main content

Inisiatif ADN Kemuning, Jalan Taman Tajuddin siap diturap.

Oleh: Irham Hilmi Hashim
Foto: Media ADN

MACHANG, 12 Mei — Jalan di Taman Tajuddin dalam Mukim Bakat, Kemuning yang sebelum ini rosak teruk akibat banjir kini siap diturap hasil usaha dan tindakan susulan Ahli Dewan Negeri (ADN) Kemuning YB Ahmad Zakhran Mat Noor bersama pihak berkaitan.

Tinjauan ke kawasan tersebut telah diadakan semalam bersama Penghulu Mara Hishamudin bagi melihat sendiri keadaan jalan yang telah siap dinaik taraf demi kemudahan penduduk setempat.

Sehubungan itu, ADN Kemuning YB Ahmad Zakhran Mat Noor berkata, permohonan menurap jalan bagi taman perumahan itu telah diangkat oleh pihak penghulu pada awal tahun selepas kerosakan serius berlaku susulan bencana banjir yang melanda kawasan berkenaan.

Menurutnya, kerja-kerja penurapan itu amat penting bagi memastikan keselesaan serta keselamatan pengguna jalan raya khususnya penduduk di Taman Tajuddin dan kawasan perumahan berhampiran.

“Semoga dengan siapnya jalan ini dapat memberi keselesaan kepada semua penduduk Taman Tajuddin serta taman-taman perumahan yang berdekatan insya Allah,” katanya.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan usaha penambahbaikan infrastruktur tersebut khususnya Kerajaan Negeri Kelantan yang menyalurkan peruntukan bagi melaksanakan kerja-kerja penurapan jalan demi kebajikan rakyat di kawasan DUN Kemuning.

Pautan berjaya disalin!