Accessibility Tools

Skip to main content

27 warga uzur disantuni ADN Pengkalan Kubor melalui SKC

Oleh: Asri Hamat
Kredit foto: Media Exco

KOTA DARULNAIM, 10 Mei – Sebanyak 27 penduduk uzur di Dewan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor disantuni Ahli Dewan Negeri (ADN) YB Dato’ Wan Roslan Wan Hamat menerusi program ziarah Skuad Kita Cakna (SKC) DUN Pengkalan Kubor.

Program ziarah tersebut melibatkan beberapa kawasan sekitar Mukim Tujoh, Kedai Geting, Geting, Tebing, Ketil dan Tanjong.

YB Dato' Wan Roslan yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan berkata, program ziarah berkenaan bertujuan menyantuni golongan memerlukan selain menyampaikan sumbangan dan bertanya khabar khususnya kepada mereka yang sedang diuji masalah kesihatan.

Katanya, sepanjang program berlangsung, pelbagai kisah kehidupan masyarakat ditemui termasuk pesakit buah pinggang, Systemic Lupus Erythematosus (SLE), strok serta warga emas terlantar.

"Terdapat juga individu yang berdepan masalah kesihatan kronik dan memerlukan perhatian berterusan daripada ahli keluarga.

“Program ini juga turut memberi ruang kepada pihak terlibat melihat sendiri keadaan semasa penduduk serta mendengar keperluan mereka bagi tindakan susulan pada masa akan datang,” katanya menerusi media sosial, pada Sabtu.

Beliau turut  berharap usaha menyantuni masyarakat seperti itu dapat diteruskan dalam memperkukuh hubungan silaturahim selain menyemai sikap prihatin terhadap golongan yang memerlukan perhatian dan bantuan.

Pautan berjaya disalin!