Accessibility Tools

Skip to main content

54 pelajar cemerlang DUN Meranti terima RM10,800

Oleh: Norzana Razaly

PASIR MAS, 1 Mei — Sebanyak 54 pelajar dari Dewan Negeri (DUN) Meranti yang mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2025 menerima sumbangan keseluruhan RM10,800 daripada Menteri Besar Kelantan YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud.

Majlis penyampaian sumbangan secara sekali beri itu berlangsung di Madrasah Nassuruddin Pohon Buloh, semalam.

Daripada jumlah tersebut, 29 pelajar perempuan dan 25 pelajar lelaki masing-masing menerima RM200 sebagai tanda penghargaan atas pencapaian akademik mereka.

Menteri Besar Kelantan YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud

Menteri Besar Kelantan yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Meranti berkata, inisiatif itu bertujuan menghargai usaha pelajar yang berjaya serta memberi galakan kepada generasi muda untuk terus cemerlang dalam bidang pendidikan.

“Kita meraikan juga yang cemerlang di DUN Meranti walaupun kerajaan negeri sendiri telah memberikan sumbangan sekali beri sebelum ini,” katanya.

Beliau turut mengingatkan para penerima agar mensyukuri kemudahan pendidikan yang tersedia serta memanfaatkannya sebaik mungkin.

“Sekarang banyak kemudahan telah tersedia, pelajar-pelajar mesti bersyukur dan memanfaatkan segala kemudahan yang ada pada hari ini.

“Gunakan sebaik mungkin ilmu yang diperoleh kerana ilmu yang dimanfaatkan ke arah kebaikan akan mendatangkan ganjaran pahala,” pesannya.

Pautan berjaya disalin!