Accessibility Tools

Skip to main content

KUMH-IWK sumbang Smart TV, penyaman udara kepada institusi pendidikan di Kelantan

  • 05 November 2026
  • Oleh: Asri Hamat | Kredit foto: Media YB Dato' Wan Roslan
  • 33

KOTA DARULNAIM, 5 November - Kelantan Utilities Mubaarakan Holdings Sdn Bhd (KUMH) dengan kerjasama Indah Water Konsortium (IWK) menyumbangkan sembilan unit Smart TV kepada Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan tiga unit penyaman udara kepada Sekolah Rendah Agama Tengku Amalin A'isyah Putri menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Majlis penyerahan sumbangan itu berlangsung di Dewan Seminar, Mabna-MBI, Kompleks Kota Darul Naim, pada Selasa.

Sehubungan dengan itu, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi YB Dato' Wan Roslan Wan Hamat berkata, sumbangan berkenaan mencerminkan sokongan terhadap pembangunan pendidikan serta usaha menyediakan persekitaran pembelajaran lebih kondusif. 
Sekali gus, memperkukuh penggunaan teknologi digital dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Majlis berkenaan turut menyaksikan penyampaian hadiah Pertandingan Pengumpulan Minyak Masak Terpakai Peringkat Sekolah YIK, yang disifatkan sebagai inisiatif baik dalam mendidik generasi muda mengenai kepentingan menjaga alam sekitar.

Dato' Wan Roslan berharap usaha seumpama itu dapat diteruskan dan diperluaskan bagi memastikan kesedaran terhadap teknologi hijau serta amalan kelestarian menjadi budaya dalam kalangan warga sekolah dan masyarakat.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), IWK, KUMH, YIK serta semua pihak yang menjayakan program berkenaan.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada sekolah yang menerima hadiah pertandingan itu dan berharap kerjasama strategik antara semua pihak terus diperkukuh.

Pautan berjaya disalin!