Accessibility Tools

Skip to main content

Kelantan-Tune Talk bincang potensi strategik teknologi digital

  • 05 November 2026
  • Oleh: Asri Hamat | Kredit foto: Media YB Dato' Wan Roslan
  • 28

KOTA DARULNAIM, 5 November – Kerajaan Negeri Kelantan mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan Tune Talk Sdn Bhd di Pejabat Urusan Tune Talk, Kuala Lumpur bagi meneroka potensi kerjasama strategik dalam bidang teknologi digital dan telekomunikasi.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi YB Dato' Wan Roslan Wan Hamat berkata, pertemuan itu menjadi platform perbincangan bagi mengenal pasti peluang kerjasama yang mampu memperkukuh ekosistem pendigitalan di negeri ini.

Katanya, perbincangan turut memberi tumpuan kepada usaha menyokong agenda transformasi digital negeri, memperluas akses kepada kemudahan telekomunikasi serta meningkatkan manfaat penggunaan teknologi kepada rakyat Kelantan.

“Kerjasama strategik ini berpotensi menjadi pemangkin kepada usaha memperkasakan pembangunan teknologi digital di negeri ini,” katanya dalam satu hantaran di media sosial, hari ini.

Turut menyertai pertemuan itu ialah Pengurus Besar Kelantan ICT Gateway Sdn Bhd, Zainul Amin Mat Zin bersama wakil-wakil berkaitan.

Dato' Wan Roslan turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak pengurusan Tune Talk Sdn Bhd atas kesudian menerima kunjungan berkenaan serta berkongsi pandangan dan cadangan ke arah kerjasama yang berpotensi dilaksanakan.

Beliau berharap pertemuan itu menjadi titik permulaan kepada hubungan kerjasama lebih erat antara kedua-dua pihak demi memperkasakan pembangunan teknologi digital di Kelantan.

Pautan berjaya disalin!