Accessibility Tools

Skip to main content

Musim kemarau tingkat risiko kebakaran, rakyat diseru lebih waspada - Dato' Siti Zailah

Oleh: Syamimi Manah
Kredit foto: Media Dato' Siti Zailah

RANTAU PANJANG, 5 April – Orang ramai diseru agar meningkatkan tahap kewaspadaan susulan musim kemarau yang boleh meningkatkan risiko berlakunya kebakaran.

Ahli Parlimen Rantau Panjang YB Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, keadaan cuaca panas dan kering ketika ini menjadikan kebakaran lebih mudah berlaku sekiranya langkah pencegahan tidak diambil dengan serius.

Beliau berkata demikian setelah menziarahi mangsa kebakaran di Kampung Tok Deh, di sini, pada 2 April lalu yang melibatkan dua keluarga.

“Saya berpesan supaya semua berhati-hati terutama ketika musim kemarau ini kerana kebakaran mudah berlaku. Semoga mangsa bersabar dan Allah gantikan dengan yang lebih baik, insya-Allah,” katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Tambahnya, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menghulurkan bantuan kepada mangsa, manakala Ahli Dewan Negeri (ADN) turut membantu menguruskan sumbangan bagi meringankan beban keluarga terlibat.

Dato' Siti Zailah turut mengingatkan orang ramai agar mengelakkan aktiviti pembakaran terbuka serta perkara yang boleh mencetuskan kebakaran, khususnya dalam keadaan cuaca panas dan kering ketika ini.

Pautan berjaya disalin!