Accessibility Tools

Skip to main content

Sumbangan RM1,000 suntik semangat pasangan muda mulakan hidup baharu

Oleh: Syamimi Manah

KOTA BHARU, 1 April – Sumbangan sebanyak RM1,000 menerusi Skim Gerbang Az-Ziwaaj mampu menyuntik semangat pasangan muda untuk memulakan kehidupan baharu dengan lebih yakin dan terancang.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Tanjong Mas YB Dato' Rohani Ibrahim berkata inisiatif tersebut merupakan antara usaha kerajaan negeri dalam membantu golongan belia, khususnya yang berpendapatan rendah, bagi mengharungi fasa awal perkahwinan.

"Skim Gerbang Az-Ziwaaj merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Kelantan yang diperkenalkan sejak tahun 2011, bertujuan membantu golongan belia berpendapatan RM2,000 ke bawah dalam memulakan kehidupan berkeluarga.

"Melalui skim ini, setiap pasangan yang layak akan menerima sumbangan sebanyak RM1,000 dalam bentuk cek sebagai saguhati permulaan" katanya di laman rasmi, semalam.

Terdahulu, beliau berkesempatan menyampaikan sumbangan Skim Gerbang Az-Ziwaaj kepada empat anak mukim DUN Tanjong Mas dalam satu majlis yang berlangsung di Pusat Khidmat DUN Tanjong Mas pada 31 Mac.

Dato' Rohani berharap skim bantuan itu dapat membantu pasangan muda yang baru mendirikan rumah tangga.

"Semoga sumbangan ini menjadi asbab keberkatan, mengukuhkan ikatan kasih sayang serta meringankan beban dalam meniti fasa awal perkahwinan,” ujarnya.

Pautan berjaya disalin!