Menyemai kasih di bulan mulia, YB Ku Zaki santuni OKU Muqarrabun
KUALA KRAI, 10 Mac - Ahli Dewan Negeri (ADN) Dabong, YB Ku Mohd Zaki Ku Hussin menyantuni 25 penerima dalam kalangan Orang Upaya (OKU) terpilih dari sekitar DUN Dabong menerusi program ‘Menggapai Keberkatan Ramadan’ bersama OKU Muqorrobun Negeri Kelantan, pada Jumaat.
Menurut YB Ku Mohd Zaki, program yang berlangsung dalam suasana mahabbah itu bertujuan menzahirkan keprihatinan dan kasih sayang terhadap golongan istimewa, sekali gus mengangkat semangat bulan Ramadan yang menuntut umat Islam untuk saling berkongsi rezeki serta mengukuhkan ukhuwah sesama masyarakat.
Ahli Dewan Negeri (ADN) Dabong, YB Ku Mohd Zaki Ku Hussin
“Inisiatif ini merupakan manifestasi kepedulian kerajaan negeri dalam memastikan kebajikan golongan OKU sentiasa terbela dan tidak dipinggirkan, terutama dalam menjalani ibadah di bulan mulia ini.
"Semoga sumbangan dan kebersamaan ini menjadi asbab keberkatan hidup, serta memberi sedikit kegembiraan kepada para penerima. Mudah-mudahan Allah SWT menerima segala amal kebajikan kita di bulan yang mulia ini," ujarnya.
Hadir sama memeriahkan majlis, Yang Dipertua Majlis Persefahaman Pertubuhan Orang Kurang Upaya Kelantan (MPPOK) Mohd Kufri. Penyelaras Pembangunan Orang Kurang Upaya Negeri (PPON) Ikhwan Suhaimi.














