34 projek dalam pembinaan dan perancangan, atasi isu air Kelantan
Oleh: Norzana Razaly
KOTA BHARU, 19 Februari - Sebanyak 34 projek kini dalam pembinaan dan perancangan bagi mengatasi isu air di Kelantan.
Timbalan Exco Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar YB Saizol Ismail memaklumkan bahawa setakat ini, 13 projek sudah siap, manakala sembilan projek dalam pembinaan, 16 projek dalam proses reka bentuk manakala sembilan lagi dalam perancangan.
Menurutnya, daripada jumlah projek berkenaan kebanyakan projek dijangka siap pada 2028, manakala dua projek sahaja dijangka siap 2030.
“Projek berkenaan termasuk pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) di beberapa daerah di negeri ini dan insya Allah masalah air boleh diatasi," katanya di Majlis Mesra Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) Bersama Media Kelantan pada Ahad.
Katanya lagi, AKSB sudah mengambil langkah tertentu bagi mengatasi masalah berkenaan dengan penyediaan 16 lori bagi penghantaran udara ke lokasi berkenaan.
“Akhir tahun lalu kita membuka tender dan mendapat geran daripada Kerajaan Pusat untuk penyediaan lori membabitkan kos RM6.7 juta bagi tempoh dua tahun.
"Bagi kawasan yang dikenali pasti kritikal masalah air, sebanyak 16 lori berkenaan akan menghantar bekalan dan dengan cara itu ia sedikit sebanyak membantu mereka yang berdepan masalah bekalan udara," katanya.
Dalam perkembangan lain, YB Saizol menjelaskan bahawa pihaknya juga kini dalam proses penggantian paip lama secara menyeluruh bagi mengurangkan kadar air tidak berhasil (NRW) di negeri ini membabitkan jarak hampir 4,000 kilometer (km).
“Proses penggantian berkenaan dilakukan secara berperingkat dengan lebih 200km sudah diganti setakat ini selain tumpuan utama diberikan di Kota Bharu. Kita memfokuskan Kota Bharu memandangkan lebih 50 peratus paip yang perlu ditukar atau diganti di daerah ini sebelum memberi tumpuan daerah-daerah lain.
“Setiap tahun kita mensasarkan boleh melakukan penggantian paip sepanjang 150km,” ujarnya.








