Accessibility Tools

Skip to main content

Petugas PKD Wakaf Bharu diseru komited bantu rakyat – YB Rusli

Oleh: Syamimi Manah
Kredit foto: Media ADN

TUMPAT, 20 Januari - Ahli Dewan Negeri (ADN) Wakaf Bharu YB Rusli Abdullah menyeru seluruh petugas dan kakitangan Pusat Khidmat DUN (PKD) Wakaf Bharu supaya komited dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat DUN Wakaf Bharu.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Amanat Khas 2026 kepada kakitangan DUN Wakaf Bharu di sebuah restoran, di sini, pada Sabtu.

“Insya Allah, dengan semangat dan tema ‘Wakaf Bharu Cakna, Rakyat Sejahtera, Negeri Berkebajikan’, kita akan terus memastikan setiap tindakan dan program memberi manfaat langsung kepada rakyat. Doakan semoga Allah SWT mempermudahkan segala usaha kita,” katanya di laman rasmi, pada Ahad.

YB Rusli menekankan bahawa kesejahteraan rakyat menjadi keutamaan dalam setiap perancangan dan tindakan.

“Saya berharap tahun baharu ini membawa kesejahteraan kepada seluruh rakyat Wakaf Bharu. Semoga semangat kebersamaan dan kasih sayang dalam komuniti terus terjalin,” ujarnya.

Beliau turut menyeru kakitangan DUN supaya berintegriti dan profesional dalam setiap tugas.

“Kita mesti sentiasa cakna dengan keperluan rakyat dan bertindak pantas apabila mereka memerlukan bantuan. Perkhidmatan yang mesra rakyat adalah tanggungjawab kita bersama,” jelasnya.