Tenaga boleh baharu berpotensi jana hasil baharu Kelantan – Sultan Kelantan
-
30 September 2026
-
Oleh: Syamimi Manah
-
58
KOTA BHARU, 30 September - Usaha meneroka potensi ekonomi hijau termasuk tenaga boleh baharu berupaya membuka sumber hasil baharu kepada Kelantan, di samping mengekalkan kelestarian alam sekitar.
KBDYMM Sultan Kelantan Sultan Muhammad V berkenan menyambut baik usaha Kerajaan Negeri Kelantan meneroka potensi ekonomi hijau seperti tenaga boleh baharu sebagai salah satu sumber ekonomi negeri.
“Beta juga menyambut baik usaha Kerajaan Negeri Kelantan meneroka potensi ekonomi hijau seperti tenaga boleh baharu sebagai salah satu sumber ekonomi,” titah baginda.
Baginda bertitah demikian pada Majlis Singgahsana sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda yang ke-57 bagi tahun 2026 di Istana Balai Besar, di sini, semalam.
Baginda turut bertitah, inisiatif berkenaan diharap mampu menjana sumber hasil baharu negeri, di samping mengekalkan kelestarian alam sekitar.
“Beta berharap inisiatif ini mampu menjana sumber hasil baharu negeri, di samping mengekalkan kelestarian alam sekitar,” titah baginda.








