Accessibility Tools

Skip to main content

Majlis TVET Negeri Kelantan selaras pembangunan tenaga kerja berkemahiran

  • 28 September 2026
  • Oleh: Irham Hilmi Hashim
  • 29

KOTA DARULNAIM, 28 September - Majlis TVET Negeri Kelantan berusaha memperkukuhkan peranan sebagai penyelarasan, kerjasama dan pembangunan pendidikan serta latihan teknikal dan vokasional (TVET) negeri menerusi pelantikan Ahli Jawatankuasa Kerja bagi memperkemas agenda pembangunan tenaga kerja berkemahiran.

Perkara itu dinyatakan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi YB Dato’ Wan Roslan Wan Hamat dalam media sosialnya selepas menyempurnakan penyampaian watikah pelantikan kepada Ahli Jawatankuasa Kerja Majlis TVET Negeri Kelantan di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), hari ini.

“Semoga amanah ini dapat digalas sebaiknya dalam memperkukuh penyelarasan, kerjasama serta pembangunan TVET di Negeri Kelantan,” katanya.

Menurutnya, pelantikan berkenaan turut disusuli Mesyuarat Jawatankuasa Kerja bagi membincangkan beberapa perancangan dan tindakan susulan berkaitan agenda TVET negeri.

Beliau berharap segala usaha yang digerakkan menerusi Majlis TVET Negeri Kelantan dapat memberi manfaat kepada pembangunan tenaga kerja berkemahiran, sekali gus menyumbang kepada kepentingan rakyat Kelantan.

“Insya Allah, semoga segala usaha ini memberi manfaat kepada pembangunan tenaga kerja berkemahiran dan rakyat Kelantan,” katanya.

Pautan berjaya disalin!