Laluan SK Sungai Embak lebih 1 km siap diturap dengan kos RM200,000
-
22 September 2026
-
Oleh: Irham Hilmi Hashim
-
26
KUALA KRAI, 22 September — Laluan di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Embak sepanjang lebih satu kilometer siap diturap semalam dengan kos RM200,000, sekali gus menyelesaikan isu kerosakan jalan yang membelenggu penduduk di sekitar Sungai Embak.
Ahli Dewan Negeri (ADN) Mengkebang YB Zubir Abu Bakar berkata demikian menerusi perkongsian di media sosialnya selepas membuat tinjauan terhadap laluan berkenaan, pada Isnin.
“Alhamdulillah, laluan di Jalan Hadapan Sekolah Kebangsaan Sungai Embak sepanjang lebih satu kilometer telah siap diturap semalam dengan kos sebanyak RM200,000,” katanya.
Menurutnya, inisiatif menurap dan menaik taraf jalan merupakan usaha berterusan kerajaan negeri bagi memastikan kemudahan infrastruktur yang lebih selamat, selesa dan berkualiti disediakan kepada rakyat, khususnya di DUN Mengkebang.
“Terima kasih kepada kerajaan negeri atas pembaikan dan penurapan jalan ini yang dapat menyelesaikan isu kerosakan di laluan berkenaan yang sebelum ini membelenggu penduduk di sekitar Sungai Embak,” katanya.










