Konvoi komuniti permotoran semarak Hari Malaysia di Jeli
-
17 September 2026
-
Oleh: Asri Hamat
-
53
KOTA DARULNAIM, 17 September - Konvoi bersama komuniti permotoran sempena sambutan Hari Malaysia di Jeli berlangsung meriah apabila masyarakat setempat turut menyertai pelbagai aktiviti menerusi Jelajah Rakyat 2026.
Konvoi bermula dari Gunung Reng sebelum bergerak menuju ke Padang Istiadat Majlis Daerah Jeli (MDJ).
Program kemudian diteruskan dengan pelbagai aktiviti bersama masyarakat setempat termasuk sukan rakyat serta aktiviti membabitkan kanak-kanak dan keluarga.
Exco Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat YB Zamakhshari Muhamad berkata program seperti itu memberi ruang kepada masyarakat untuk bertemu dalam suasana santai, selain berkenalan dan mengeratkan hubungan.
"Terima kasih para penganjur dan semua warga Jeli yang turun memeriahkan Jelajah Rakyat hari ini," katanya menerusi media sosial pada Rabu.
Turut berganding bahu menjayakan program berkenaan ialah Raja Perfume, Lavabelle, MDJ dan Belia Jeli.
Selesai konvoi, sesi turun padang diteruskan dengan aktiviti beramah mesra bersama masyarakat setempat.














